Di Jepun, wujud satu fenomena kerja yang agak unik dikenali sebagai “madogiwa-zoku” (窓際族), yang membawa maksud “kumpulan di tepi tingkap”.
Ia merujuk kepada pekerja senior — yang biasanya sudah berusia atau hampir bersara — yang masih kekal bekerja di syarikat, tetapi tidak lagi diberikan tugasan penting.
Apa Maksudnya?
Istilah ini berasal daripada gambaran pekerja yang ditempatkan di meja berhampiran tingkap, seolah-olah dipinggirkan daripada pusat operasi syarikat. Mereka tetap datang kerja, duduk di pejabat, namun tugas yang diberi sangat sedikit, kadang-kadang hampir tiada kerja.
Kadangkala mereka sendiri tidak mahu melakukan sesuatu kerja yang dianggap lebih sesuai dibuat oleh orang muda yang memiliki kepakaran baharu. Dengan prinsip, masalah moden perlukan penyelesaian moden.

Secara tidak langsung, ia dianggap satu cara golongan tua menghargai kepakaran golongan muda dalam membuat keputusan.
Adakah ini satu masalah di Jepun?
Tidak sama sekali! Jika di negara lain, mudah sahaja mereka ini dilabel parasit atau makan gaji buta.
Di Jepun, masyarakat mereka sangat menghargai golongan tepi tingkap ini. Budaya korporat Jepun amat menekankan hormat kepada senior dan hubungan kerja seumur hidup.
Mereka akan lebih selesa suka melihat pekerja yang sudah lama menabur bakti terus berada di dalam syarikat itu.
In Japan, a workplace phenomenon known as “madogiwa-zoku” describes older employees who are kept on the payroll with little to no actual work, often as a sign of respect or to avoid forcing early retirement. 🇯🇵 pic.twitter.com/aLNh98nBVR
— Dudes Posting Their W’s (@DudespostingWs) August 18, 2025
Daripada memaksa pekerja bersara awal atau diberhentikan, syarikat memilih untuk mengekalkan mereka dengan gaji penuh atau hampir penuh.
Oleh sebab itu, banyak syarikat terpaksa meneruskan budaya ini, walaupun tahu ianya agak merugikan mereka. Ini kerana mereka tidak mahu dituduh sebagai syarikat yang teruk kerana membuang pekerja yang sudah berusia.
Budaya di Jepun
Selain itu, di Jepun, pengurusan sesebuah syarikat itu tidak lari daripada budaya masyarakat. Di mana golongan tua harus dihormati. Dan jangan terlalu berkira dengan mereka dalam membuat kerja.
Dan ramai yang menganggap ini adalah salah satu bentuk “ganjaran” kepada mereka yang telah lama berkhidmat
Namun impak budaya ini juga terkesan kepada golongan muda yang semakin sukar mendapat pekerjaan. Dengan golongan tua ini terlalu lama tidak mahu bersara.
Ramai juga tak suka
Tetapi bukan semua orang suka menjadi golongan madogiwa zoku ini. Kerana ramai juga yang tidak selesa berada di sesebuah syarikat itu hanya untuk menempel dan tidak banyak bekerjaa.
Ramai yang beranggapan, maruah juga lebih penting daripada wang. Kerana tidak selesa menerima gaji yang tinggi namun skop kerja sangat ringan. Akhirnya mereka memutuskan untuk bersara, tanpa paksaan.
Fenomena madogiwa-zoku menggambarkan betapa kuatnya nilai kesetiaan, hormat kepada senioriti, dan kerja seumur hidup dalam masyarakat Jepun. Ia sesuatu yang jarang berlaku di negara lain, di mana pekerja biasanya dipaksa bersara atau diberhentikan jika sudah tidak produktif.