Baju biru yang dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan dua gol penting untuk menyingkirkan England daripada Piala Dunia 1986, termasuk gol yang dipanggil ‘Tangan Tuhan’, telah dijual pada harga yang tinggi.
Pemain Argentina yang dianggap sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman, menyifatkan gol pembukaan pada suku akhir bertemu England itu sebagai “sedikit dengan kepala Maradona, dan sedikit dengan tangan Tuhan”.
BREAKING: The shirt worn by Diego Maradona in the 'Hand of God' game against England at the 1986 World Cup has sold at auction for £7,142,500 👇 pic.twitter.com/hUONX1yZVn
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 4, 2022
Selepas perlawanan, pemain tengah England, Steve Hodge menjadi pemilik baju tersebut selepas kedua-dua pemain bertindak menukar jersi mereka.
Baju yang telah dipinjamkan selama 20 tahun untuk Muzium Bola Sepak Kebangsaan di Manchester, kini sudah dijual di Sotheby’s pada petang Rabu dengan harga £7,142,500 atau sekitar RM38 juta – rekod lelongan baharu untuk mana-mana item memorabilia sukan.
Maradona meninggal dunia pada 20 November tahun lalu di umur 60 tahun semasa menjalani pembedahan otak. Sebelum meninggal, Maradona dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang serius dan dipantau rapi doktor di rumahnya di utara Buenos Aires.
Jenazah Maradona dikebumikan tanpa jantung, mahu elak dicuri oleh peminat bola sepak. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Jenazah Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat Bola Sepak
Tanah Kubur Masih Merah, Keluarga Maradona Sudah Mula Rebut Harta Bernilai RM200 Juta
Maradona Tenang, Dirakam ‘Layan’ Dadah Sewaktu Mengurus Pasukan?