Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa ahli perniagaan buruan Low Taek Jho (Jho Low) menggunakan syarikat miliknya untuk menyalurkan USD2.4 juta (RM10 juta) daripada 1MDB ke dalam akaun selebriti Kim Kardashian dan Pharrell Williams.

Penyiasat penipuan kewangan, Richard Templeman juga memberitahu mahkamah bahawa Low, lebih dikenali sebagai Jho Low, memindahkan USD306,000 (RM1.39 juta) dan USD100,000 (RM 437,600) dalam dana 1MDB kepada bintang TV realiti Kim Kardashian dan bekas suaminya, Kris Humphries.

Baca Juga:

Sementara Templeman, pengarah penyiasatan firma antarabangsa Kroll Advisory Ltd, berkata USD2 juta (RM8.73 juta) telah dipindahkan kepada Pharrell melalui Talamasca Inc, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan artis itu.

Siasatan mendedahkan bahawa Jho Low memindahkan berjuta-juta dolar yang didakwa diterima daripada 1MDB melalui Good Star Ltd, saksi pertama plaintif memberitahu mahkamah melalui Zoom.

Good Star ialah ‘syarikat samaran’ yang dimiliki oleh Jho Low.

Templeman berkata dana yang dipindahkan Jho Low kepada selebriti telah diselewengkan daripada perjanjian usaha sama antara 1MDB dan Petrosaudi Ltd, dan dipindahkan kepada Good Star.

Beliau berkata terdapat beberapa siri pemindahan dana melalui syarikat luar pesisir, dengan wang itu digunakan untuk faedah peribadi, saudara dan rakan sekutunya.