Anda mungkin tidak menyangka bahawa kacamata berjenama seperti Chanel, Coach, Dolce & Gabbana, Ray-Ban, Prada dan Versace dihasilkan di sebuah kilang milik syarikat Luxottica yang terletak di Agordo, Itali. Jadi atas sebab-sebab tertentu, tidak hairanlah jika kita dapat melihat sedikit persamaan dari segi desain bagi jenama-jenama yang disebutkan tadi.

Namun bukan setakat kilang, Luxottica juga memiliki rangkaian kedai optik yang terbesar di Amerika, LensCrafters, selain Target Optical, Sears Optical dan Sunglass Hut. Hal ini memudahkan mereka memasarkan kacamata berjenama yang dihasilkan di kilang mereka sendiri.

Pada bulan Mac yang lepas, Luxottica telah mendapat kontrak dari Google untuk bekerjasama dalam membangunkan dan memasarkan peranti boleh-pakai mereka iaitu Google Glass.

“OK, Luxottica”.