Perodua telah memulakan Program Perodua Servis Ihsan Madani untuk membantu pemilik kenderaan Perodua menikmati penjimatan kos penyelenggaraan kereta secara terus dan ganjaran tambahan.

Tawaran Diskaun dan Subsidi

Menerusi kempen ini, pelanggan layak menerima tiga bentuk penjimatan utama:

Diskaun 10%: Potongan harga terus oleh Perodua untuk kos alat ganti (parts) dan kos kos upah (labour).

Subsidi RM70: Potongan serta-merta tajaan Kerajaan Malaysia bagi bil servis yang memenuhi syarat.

E-Voucher RM20: Baucar diskaun digital yang dikreditkan ke akaun UFirst pada November 2026 untuk kegunaan servis berikutnya, sah selama satu tahun.

Syarat Kelayakan

Untuk menikmati faedah ini, pelanggan perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan:

Tempoh & Hari: Terhad dari 17 Ogos hingga 30 September 2026, dan hanya sah pada hari Isnin hingga Rabu sahaja.

Minimum Perbelanjaan: Servis mestilah merangkumi penukaran minyak enjin dengan jumlah perbelanjaan minimum RM280 sebelum cukai dan sebelum diskaun dikenakan.

Penggunaan Minyak Enjin: Pelanggan wajib menggunakan minyak enjin yang dibekalkan oleh pusat servis Perodua mengikut spesifikasi kenderaan. Minyak enjin dari luar atau persendirian tidak dibenarkan.

Kelayakan Pelanggan: Terbuka kepada semua pemilik model Perodua kategori individu, tidak termasuk pelanggan syarikat (Company) dan warga asing (Foreigner).

Penjimatan ini tidak terpakai untuk kerja-kerja pembaikan kemalangan atau pengecatan (Body & Paint), kerja pembaikan am, serta pembelian alat ganti secara runcit (Part Retail Order).

Pemilik kenderaan disarankan untuk membuat tempahan slot servis lebih awal menerusi aplikasi UFirst.

Anda boleh dapatkan info penuh di sini.

Sumber