Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang beliau dengan sebuah pusat tahfiz yang berada di kejiranannya. Ini selepas pusat tahfiz tersebut difahamkan mengadakan program sehingga lewat malam dengan menggunakan pembesar suara.

Luahan perasaan ini dibuat oleh Farah Amirah di laman Twitter miliknya. Ciapan ini dibuat selepas beliau merasakan bahawa tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak tahfiz tersebut selepas pelbagai laporan di buat.

Baca Juga:

Difahamkan bahawa pusat tahfiz itu bernama Madinatul Huffaz dan diusahakan oleh Ustazah Norhafizah Musa and Ustaz Azahar. Menurut carian The Vocket, pusat tahfiz ini terletak di Kampung Lembah Melewar, Batu Caves.

Melalui ciapan tersebut, difahamkan bahawa pusat tahfiz tersebut telah mengadakan majlis sehingga lewat malam dan ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku. Rasa kurang senang ini timbul apabila pihak tahfiz memasang pembesar suara sehingga mengganggu jiran. Walaupun sudah pelbagai aduan dibuat, tetapi tidak pernah diendahkan oleh pihak pengurusan.

“Dah lama dah pendam pasal tahfiz Madinatul Huffaz by Ustazah Norhafizah Musa and Ustaz Azahar ni. Last month pun buat hal jugak. Tengok malam ni ada lagi entah majlis apa pulak. Suka sangat memekak time pukul 11pm almost 12am, mengganggu waktu orang nak rehat je.

“Agak agak la nak menyanyi on mic pukul 11pm almost 12am. Tak reti langsung nak hormat masa penduduk sini eh korang ni. Nama tahfiz tapi bab adab berjiran korang tak belajar ke apa eh. Berapa kali dah call polis, report tapi still benda yang sama jadi. Hobi agaknya buat majlis sampai malam buta.

“Fikir kawasan sini hak milik mutlak tahfiz agaknya. Padahal perumahan sini yang wujud dulu. Nak buat tahfiz pun pilihlah tempat yang bersesuaian, ini tak ikut dan je pacak. Ustazah ustaz kemain la bagi ceramah sana sini pasal beradab apa benda semua eh tapi management tahfiz hm kelaut,” katanya.

Kenyataan pihak tahfiz

Melalui muat naik terbaharu Ustazah Norhafizah, beliau ambik maklum mengenai aduan yang dibuat oleh pengguna Twitter tersebut.

Bagi tidak memanjangnya isu, beliau telah meminta pihak terbabit untuk menghubunginya bagi menyelesaikan perkara di atas.

“Kami di pejabat tahfiz sentiasa menerima tetamu termasuk terbuka untuk menerima pandangan hatta teguran. la lebih beradab banding melemparkan pandangan sebelah pihak di medsos yang bakal ditakwil berbagai andaian dan persepsi.

“Di pihak kami akan mengambil perhatian dan tindakan terbaik. Namun kami tidak mahu menjawab apapun di medsos sebab it bukan adab penyelesaian,” katanya.