Penyerang skuad Harimau Malaya, João Figueiredo kini menjadi buruan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super Turkiye.
Sejak tampil buat kali pertama bersama Malaysia, Figueiredo muncul sebagai salah satu pemain yang menerima pujian dari peminat bola sepak tanah air.
Baca Juga:
- João Figueiredo Teruja Dengan Sokongan Rakyat Malaysia
- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia
- Jangan Samakan Model Pemain Warisan Kita Dengan Sistem Homegrown Di Perancis
Pemain berusia 29 tahun itu turut menjaringkan 1 gol ketika Malaysia menewaskan Vietnam dengan keputusan 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Kelab Turkiye Mahu Dapatkan Khidmat João Figueiredo
Menurut perkongsian Harimau Abroad, kelab yang baru sahaja dipromoasikan ke divisyen utama iaitu Kocaelispor berminat untuk mendapatkan khidmat Figueiredo.
Kocaelispor muncul juara saingan divisyen dua musim lalu dengan perbezaan empat mata sekaligus membolehkan kelab itu beraksi di divisyen utama musim hadapan.

Akan tetapi, ramai yang menggesa agar Figueiredo kekal bersama İstanbul Başakşehir kerana kelab itu berpeluang untuk beraksi di Eropah musim hadapan.
İstanbul Başakşehir menamatkan saingan liga musim lalu di tangga kelima sekaligus diberikan slot untuk beraksi dalam play-off bagi saingan UEFA Europa Conference League.
