Pemain sayap negara, João Figueiredo berasa teruja dengan sokongan padu yang diberikan oleh penyokong bola sepak tanah air.
Figueiredo membuat penampilan pertama bersama skuad Harimau Malaya dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Baca Juga:
- Analisis Taktikal: Peter Cklamovski Tak Perlukan ‘Rocket Sciene’ Untuk Ajar Vietnam
- Kelayakan Piala Asia 2027: Harimau Malaya Belasah Vietnam 4-0
- Matthew Davies – ‘Pemain Warisan Ada Kualiti, Sudah Terbukti Di Luar Malaysia’
Pemain kelahiran Brazil itu menjaringkan satu gol dan membantu Malaysia menewaskan Vietnam dengan keputusan 4-0.

Pemain İstanbul Başakşehir itu turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan semalam.
João Figueiredo Teruja Dengan Sokongan Padu Rakyat Malaysia
“Saya sangat gembira, saya impikan perkara seperti ini. Apa yang paling penting ialah prestasi pasukan.

“Kami beraksi dengan baik namun kami masih mempunyai masa untuk meningkatkan lagi tahap kami.
“Dari hari pertama saya tiba, saya telah mendapat sambutan yang hangat dari semua pihak.
“Hari ini (semalam) di stadium, lebih 60 ribu orang yang hadir merupakan satu perkara yang memberi keterujaan.

“Mereka memberi kami motivasi untuk terus berjuang di atas padang,” katanya.
Tiga lagi jaringan pasukan negara disumbangkan oleh Rodrigo Holgado, La’Vere Corbin-Ong dan Dion Cools.
Malaysia akan kembali beraksi dalam saingan kelayakan pada 9 October menentang Laos di laman lawan.