Ketua pasukan skuad kebangsaan Timor Leste, João Pedro menyatakan beliau terbuka sekiranya ada tawaran untuknya kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada masa akan datang.
Pedro memberi kesukaran kepada benteng pasukan negara dimana beliau menjadi watak utama dalam dua jaringan yang dihasilkan oleh Timor Leste yang mana beliau menyumbang satu gol dan satu bantuan gol.
Baca Juga:
- Peter Cklamovski Calon Utama Ketua Jurulatih Malaysia
- Tiga Jurulatih Dikaitkan Dengan Malaysia
- Daniel Ting Enggan Tinggalkan Harimau Malaya
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi, pemain berusia 26 tahun itu tidak menutup pintu sekiranya ada kelab Liga Malaysia yang mahu mendapatkan khidmatnya.
🗣️ 'I'm willing to come back to Malaysian League…' – Joao Pedro, Kapten Timor Leste
Laporan penuh di Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/8JiWywPn4p
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) December 12, 2024
“Saya sanggup untuk kembali. Saya mahu beraksi di Malaysia,” katanya.
Ketika ramai yang menjangka pasukan negara bakal meraih kemenangan mudah, João Pedro dan rakan sepasukan tidak memberikan laluam mudah kepada anak buah Pau Marti Vicente dimana mereka mengasak benteng pertahanan pada separuh masa pertama.
Syafiq Ahmad terlebih dahulu membuka tirai jaringan namun Pedro kemudiannya mengkucar-kacirkan pertahanan negara dimana beliau membuat hantaran kepada Olagar Xavier pada masa tambahan untuk menjaringkan gol penyamaan.
Bekas pemain Kuala Kangsar FC dan UiTM FC itu kemudiannya menjaringkan gol kedua dimana beliau mudah menewaskan Dominic Tan dan Dechlan Lambert sebelum pengadil meniup wisel tamatnya separuh masa pertama.
Mujur pemain Kuala Lumpur City, Paulo Josue menjaringkan dua gol untuk Malaysia sekaligus bangkit dari ketinggalan dan meraih kemenangan pertama dalam saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024.