Skuad kebangsaan Jerman mengakhiri kerjasama dengan Adidas dan akan mula memakai jenama keluaran Amerikan Syarikat iaitu Nike bermula tahun 2027.

Perkara ini diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) dimana perjanjian kedua-dua pihak mengikat perjanjian sehingga 2034 sekaligus mengakhiri kerjasama selama 70 tahun antara Adidas dan pasukan negara itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Adidas nyata terkejut dengan keputusan DFB untuk beralih kepada pesaing terbesarnya dan hanya mengesahkan dalam satu kenyataan ringkas: “Kami dimaklumkan oleh DFB hari ini bahawa persatuan itu akan mempunyai pembekal baharu mulai 2027,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.

Pasukan Jerman memakai kelengkapan Adidas dan sepanjang kerjasama tersebut pasukan itu memenangi empat kejuaraan Piala Dunia, tiga kejuaraan Eropah, dua Piala Dunia wanita dan lapan kejuaraan Eropah.

DFB kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mana mereka mempertahankan keputusan yang sudah diambil iaitu beralih kepada jenama keluaran Amerika Syarikat setelah sekian lama memakai jenama tempatan.

“Kami memahami setiap emosi. Ia juga merupakan keputusan yang drastik bagi kami sebagai sebuah persatuan apabila menjadi jelas bahawa perkongsian yang pernah dan diwarnai oleh banyak detik istimewa akan berakhir selepas lebih 70 tahun. Itu tidak membuatkan kita lupa siapa diri kita.

“DFB perlu membuat keputusan ekonomi yang akan memberikan kelebihan bagi kita semua. Nike membuat tawaran kewangan terbaik dalam proses tender yang telus dan tanpa diskriminasi,” tulis DFB.

Terdahulu, presiden DFB, Bernd Neuendorf berkata, “Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Nike dan kepercayaan yang mereka berikan kepada kami. Perkongsian masa depan akan membolehkan DFB untuk terus melaksanakan tugas utama dalam dekad akan datang berkaitan dengan pembangunan menyeluruh bola sepak di Jerman.

Dalam masa yang sama, Neuendorf menegaskan bahawa Adidas akan kekal sebagai pembekal bagi skuad kebangsaan negara itu sehingga Disember 2026.

“Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk mencapai kejayaan bersama dengan rakan kongsi kami yang sudah lama dan semasa iaitu Adidas, yang mana bola sepak Jerman telah berhutang banyak selama lebih daripada tujuh dekad.