Antonio Conte dedahkan bahawa John Terry pernah mengkritik cara dia mengendalikan sesi latihan. Legenda Chelsea itu mahu Conte mengurangkan sedikit tempo latihan mereka dan mengurangkan sesi taklimat video.

Antonio Conte akui terkejut dengan sikap Terry namun dia akur dang menganggap itu sebagai cara dia menghormati budaya di kelab itu.

John Terry tidak suka latihan Conte

Akibat mengalah dengan permintaan John Terry, Chelsea ketika itu kalah 2 perlawanan berturut turut. Membuatkan Conte berisiko dipecat. Conte kemudian memutuskan bahawa dia akan melakukan dengan caranya tersendiri.

John Terry Hampir Buatkan Antonio Conte Dipecat Kerana Tak Suka Latihan Berat

Dia tidak berpuas hati kalau dipecat kerana mendengar kata kata Terry.

Conte memberitahu Corriere della Sera: “Ada sekali, kapten Chelsea [John Terry] meminta saya mengurangkan tempo latihan dan kurangkan juga sesi taklimat video.

terry

“Saya setuju, alasan utama saya adalah saya tak mahu tidak menghormati budaya di kelab, cara berbeza mereka dalam bola sepak. Apabila anda di negara berbeza, kamu harus berjaga jaga agar tidak menyinggung orang lain.

“Kami kemudian kalah 2 perlawanan berturut turut, dan saya berisiko dipecat. Sejak itu, saya berfikir, jika saya harus mati, hendaklah kerana keputusan yang saya sendiri buat, saya harus buat dengan cara saya sendiri dan bukannya kerana orang lain.

“Mereka di England panggil ‘percaya kepada proses’. Dan apabila saya imbas kembali betapa intensifnya latihan, saya tersenyum. Zidane dan Del Piero berlatih lebih berat. Hari ini, pemain hanya melakukan kira kira satu pertiga daripada apa yang kami dahulu pernah buat.

“Kerja keras kita harus selari dengan keputusan di atas padang. Saya melatih mereka, dan tidak lama kemudian pemain pemain mulai mengenalpasti tentang situasi bahaya. Bagi saya, itu bermakna kami mencapai keputusan betul.”

Ketika di Chelsea, Antonio Conte berjaya membantu kelab itu menjuarai EPL musim 2016/17.

conte chelsea

Ianya kekal EPL terakhir yang dimenangi oleh Chelsea setakat ini.