Chelsea dilaporkan sedang dalam rundingan pinjaman Victor Osimhen sebagai pertukaran kepada minat yang ditunjukkan Napoli untuk menyatukan semula Romelu Lukaku dan Antonio Conte.

Menurut sumber laporan Goal, Napoli mahu mendapatkan khidmat penyerang Belgium itu secara tetap dan memaksa Chelsea memilih pilihan lain sebagai pertukaran.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Oleh kerana tanda harga tinggi ditetapkan kelab Serie A itu, Chelsea lebih berminat untuk cuba meminjam Osimhen dengan pilihan pembelian sebaik tamat musim.

Difahamkan, Chelsea dan Napoli kini sedang berunding untuk mencapai persetujuan yang akan membolehkan kedua-dua pemain tersebut menghadapi musim 2024/25 bersama pasukan baharu.

Osimhen mempunyai klausa pelepasan yang besar iaitu bernilai £110 juta sekali gus menjadikan rundingan bersama mana-mana pasukan untuk perpindahan secara tetap tampak sukar.

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) juga menunjukkan minat untuk mendapatkan penyerang tersebut, tetapi perbincangan dalam usaha melengkapkan penjualan secara tetapi itu terhenti.

Masa depan Osimhen bersama pasukan dari Naples itu kelihatan agak kelam dan menjadi tanda tanya selepas Conte mengenepikan penyerang kelahiran Nigeria tersebut daripada perlawanan persahatan pra-musim menentang Egnatia, semalam.

Keadaan yang bagaimanapun merupakan perkembangan positif buat Chelsea kerana The Blues dilihat menjadi pilihan utama buat destinasi baharu Osimhen terutamanya kerana minat mendalam Conte untuk mendapatkan Lukaku.

Kedua-dua individu itu pernah berada dalam satu pasukan hingga berjaya membantu Inter Milan muncul juara Serie A 2020/21 dan naib juara Liga Europa 2019/20.

Sumber