Chelsea menjadi kelab pertama yang berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA selepas menewaskan Fluminense dengan keputusan 2-0.

Penyerang baharu, Joao Pedro menjadi wira The Blues apabila menjaringkan dua gol ketika aksi separuh akhir di Stadium MetLife semalam.

Baca Juga:

Jumlah Wang Diraih Chelsea

Kejayaan mara ke perlawanan akhir dan prestasi cemerlang yang ditampilkan membolehkan skuad bimbingan Enzo Maresca itu meraih hadiah wang tunai sebanyak £80 Juta.

Chelsea
Chelsea’s Italian head coach Enzo Maresca (Photo by JUAN MABROMATA / AFP)

Jumlah hadiah wang tunai untuk Piala Dunia Kelab ialah $1billion, yang merupakan wang terbanyak yang pernah ada untuk kejohanan bola sepak.

Wang tunai itu dibahagikan kepada dua bahagian, dengan $525 Juta diagihkan antara 32 pasukan yang mengambil bahagian.

Chelsea
NEW JERSEY, UNITED STATES – JULY 8: Joao Pedro (20) of Chelsea FC in action. Mostafa Bassim / Anadolu (Photo by Mostafa Bassim / Anadolu via AFP)

Pasukan Eropah mendapat potongan terbesar daripada jumlah itu, dengan kelab tersebut menerima antara $12.8 Juta dan $38.1 Juta bergantung pada ‘kriteria sukan dan komersial’ mereka.

Baki $475 Juta yang lain kemudiannya dibahagikan berdasarkan prestasi.

Di Piala Dunia Kelab, setiap kemenangan peringkat kumpulan membawa kepada pasukan mendapat $2 Juta dan setiap keputusan seri mendapat $1 Juta.

Chelsea
Kredit Foto: Federico PARRA / AFP

Mara ke pusingan 16 terbaik menyaksikan pasukan menuntut $7.5 Juta, manakala suku akhir mendapat $13.125 Juta. Tempat separuh akhir akan mendapat $21m.

Pasukan yang mara ke final Piala Dunia Kelab akan menerima $30 juta, dengan tambahan $10 juta ditambah untuk pemenang dan jumlahnya menjadi $40 juta.