Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea akan berhadapan dengan gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, 8.00 malam ini.

Sebaik sahaja menang 3-0 ke atas AC Milan di Jakarta malam tadi, kem Chelsea terus terbang ke Johor untuk menghadapi perlawanan terakhir jelajah kelab tersebut.

Skuad kendalian Xabi Alonso itu memulakan jelajah pra-musim mereka di Sydney dengan menentang Western Sydney Wanderers dan Tottenham Hotspur. Mereka kemudiannya ke Hong Kong untuk berhadapan dengan Juventus sebelum bertemu AC Milan di Jakarta.

Meskipun The Blues berkemungkinan besar akan menurunkan ramai pemain muda dan pemain ‘lapisan’ kedua selepas pemain-pemain utama seperti Moises Caicedo, Cole Palmer, Joao Pedro dan Robert Sanchez yang sudah beraksi semalam, ia tetap merupakan pentas terbaik buat JDT untuk menguji skuad mereka menjelang sepak mula saingan Liga Super 2026/27.

Info Siaran Langsung Aksi JDT vs Chelsea
Kredit Foto: May JAMES / AFP)

Info Siaran Langsung JDT vs Chelsea

Bagi penyokong yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, anda boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan melibatkan aksi JDT bertemu Chelsea ini di beberapa saluran televisyen tempatan.

Lebih menarik anda boleh menyaksikannya secara percuma dengan menonton di saluran TV Okey (Astro 146) serta penstriman langsung di RTMKLIK.

Selain itu saluran Astro 810 juga akan turut menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung buat anda.

Walaupun ia sekadar satu perlawanan pemanas badan pramusim, aksi kedua-dua pasukan menarik untuk disaksikan kerana Xisco Munoz pasti akan menurunkan barisan terkuatnya.