UEFA telah mendenda beberapa kelab kerana melangggar peraturan Financial Fair Play atau FFP termasuk kelab gergasi seperti Chelsea, Barcelona, dan FC Porto.

Di kalangan kelab kelab tersebut, beberapa kelab adalah dari liga utama Eropah atau kelab besar yang beraksi dalam UCL.

Langkah ini dilihat sebagai tindakan tegas UEFA dalam memastikan disiplin kewangan dipatuhi dalam kalangan kelab yang beraksi dalam kejohanan anjuran mereka.

uefa
epa09143821 (FILE) – The UEFA logo on display after the meeting of the UEFA Executive Committee at the UEFA headquarters in Nyon, Switzerland, 07 December 2017 (re-issued on 18 April 2020). The UEFA released a statement on 18 April 2021 condemning a proposal to form a breakaway European super league after learning that a few English, Spanish and Italian clubs are planning to announce the creation of such a league. EPA-EFE/LAURENT GILLIERON

Dalam kenyataan rasminya, UEFA telah menegaskan bahawa tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan kelab-kelab di Eropah kekal stabil secara ekonomi dan mematuhi prinsip keadilan dalam sukan.

“Kestabilan kewangan adalah kunci utama kepada keadilan dalam bola sepak Eropah,” kata UEFA.

Berikut adalah sedikit butiran denda yang dikenakan.

1. Olympique Lyonnais Dikenakan Denda Paling Berat

Olympique Lyonnais yang dalam proses disingkirkan ke Ligue 2 oleh badan pemantau kewangan Perancis, DNCG. Ianya tahun paling teruk dalam sejarah Lyon yang pernah menjadi juara Ligue 1 sebanyak 7 musim berturut-turut.

Pernah Juara Liga 7 Kali ‘Straight’, Kelab Legenda Lyon Disingkirkan Ke Ligue 2

Kelab itu turut menerima hukuman daripada UEFA berupa denda serta-merta sebanyak €12.5 juta, dan tambahan sehingga €37.5 juta jika gagal memenuhi komitmen kewangan yang ditetapkan.

Kelab itu juga berisiko disingkirkan daripada kejohanan Eropah sekiranya gagal mematuhi langkah pemulihan yang ditetapkan.

2. Chelsea Didenda €20 Juta

Juara Liga Persidanggan Eropah, Chelsea juga antara kelab yang dikkenakan denda oleh UEFA. Cara perbelanjaan Chelsea sejak diambil Todd Boehly menjerumuskan kelab itu ke dalam masalah FFP.

Kelab dari London itu dikenakan denda segera sebanyak €20 juta, serta denda bersyarat sehingga €38 juta susulan perbelanjaan besar dalam pasaran perpindahan dan kerugian kewangan yang ketara.

enzo fernandes
Soccer Football – Premier League – Chelsea v Brentford – Stamford Bridge, London, Britain – December 15, 2024 Chelsea’s Enzo Fernandez applauds fans after the match Action Images via Reuters/Peter Cziborra/ File Photo

UEFA turut mengenakan syarat kepada Chelsea supaya mengekalkan imbangan positif dalam aktiviti jual beli pemain bagi dua musim akan datang untuk mendaftar pemain ke kejohanan Eropah.

3. Aston Villa Langgar Had Gaji

Aston Villa pula didenda sekitar €11 juta, dengan tambahan sehingga €17 juta dalam bentuk denda bersyarat kerana gagal mematuhi nisbah kos gaji yang dibenarkan.

aston villa

Kelab itu juga tertakluk kepada pemantauan ketat dalam aspek perbelanjaan dan pendaftaran pemain untuk kejohanan Eropah.

4. FC Barcelona Perlu Ikut Pelan Pemulihan

FC Barcelona dikenakan denda serta-merta sebanyak €15 juta dan sehingga €45 juta dalam bentuk denda bersyarat sekiranya gagal mematuhi pelan pemulihan kewangan yang telah dipersetujui.

barcelona

Barcelona adalah kelab yang dikenakan denda tertinggi di Sepanyol. UEFA turut mengenakan sekatan terhadap pendaftaran pemain baharu dalam Liga Juara-Juara Eropah ke atas Barcelona.

Selain itu, Barcelona akan berada di bawah pemantauan selama empat musim oleh UEFA.

Barcelona Akhirnya Langsaikan Tunggakan Gaji Messi, Coutinho Sejak 2020

5. FC Porto Berdepan Risiko Dibuang

FC Porto dari Portugal dikenakan denda lebih kecil iaitu sebanyak €1.5 juta atas tunggakan hutang.

Bagaimanapun, kelab itu diberikan tempoh percubaan selama dua musim, dan boleh disingkirkan daripada kejohanan Eropah jika berlaku pelanggaran kewangan sekali lagi.

Kelab-Kelab Lain Turut Dikenakan Tindakan

Antara kelab lain yang turut dikenakan tindakan termasuk:

Panathinaikos (Greece) – dikenakan penalti melalui perjanjian pemulihan;

Beşiktas (Turki) – menerima denda dengan rundingan bersama UEFA;

HNK Hajduk Split (Croatia) – dikenakan denda kerana melanggar FFP, tetapi jumlah tidak didedahkan;

Beberapa kelab dari Norway, Bosnia dan Poland juga dikenakan denda atas pelanggaran had kos gaji atau kegagalan pelaporan kewangan.