Isu kekerasan dalam rumah tangga pasangan terkenal Hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard kini menjadi semakin hangat. Isu mengenai pasangan ini mula timbul apabila Amber Heard mendakwa dirinya sebagai mangsa keganasan rumah tangga ketika beliau masih bergelar isteri kepada Johnny Depp.
Reputasi beliau tercalar akibat kenyataan tersebut dan memaksa dirinya untuk memfailkan saman bernilai $50 juta (RM204.58 juta) terhadap bekas isterinya itu.
https://twitter.com/TvsNmovies/status/1105601217856786432
Terbaharu, Johnny Depp dikatakan mempunyai 87 rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh dijadikan bahan bukti kekerasan yang dilakukan oleh bekas isterinya. Sebelumnya sudah tular di media sosial gambar yang menunjukkan kecederaan serius yang dialami oleh Johnny Depp.
Fakta kes ini kini boleh didapati secara atas talian dan menurut Johnny Depp setiap kenyataan Amber di dalam fakta kes tersebut penuh dengan tokok tambah dan penipuan. Setakat ini belum ada kenyataan rasmi mengenai tindakan selanjutnya berkenaan dengan rakaman video tersebut.