Nampaknya karya terbaru DC Comics akan datang, Joker telah dikelaskan sebagai ‘R-Rated’ dan bukan untuk tontonan penonton berusia 18 tahun ke bawah.
Pengarahnya, Todd Phillips telah berkongsikan berita berkenaan di media sosial dan antara sebab filem ini dikelaskan R-Rated kerana mengandungi ‘keganasan melampau dan bahasa kurang sopan’.
‘Joker’ is officially rated R, for strong bloody violence, disturbing behavior, language and brief sexual images. #TheJoker #joker pic.twitter.com/xN3MWbD1vr
— Inside the Backlot 🎬 (@InsideBacklot) August 22, 2019
Joker akan mengisahkan kisah hidup Arthur Fleck (Joaquin Pheonix) yang kemudiannya menjadi salah seorang penjahat terhebat DC Comics, Joker. Joker turut menampilkan pelakon hebat yang lain seperti Robert De Niro, Zazie Beetz dan Mark Maro.
Joker akan berada di pawagam pada 4 October 2019. Mungkinkah karya DC Comics akan lebih serious dan lebih ‘dewasa’ selepas ini? Semuanya bergantung kepada kejayaan filem ini.
Artikel lain berkaitan Joker