Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Jon Irazabal meninggalkan kelab Azerbaijan, Sabah FK selepas tiga musim.
Sabah mengumumkan mengenai pemergian Irazabal menerusi laman media sosial rasmi mereka baru-baru ini.
Baca Juga:
- Tewas Kepada Malaysia, VFF Senaraikan 100 Pemain Warisan
- Bekas Pengendali Vietnam Anggap Kualiti Pemain Warisan Malaysia ‘Biasa’ Saja
- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia
🇦🇿 Sabah announced newly-capped Malaysia defender Jon Irazabal will be leaving the club. pic.twitter.com/pKHdJyh3tN
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) June 17, 2025
Jon Irazabal Beraksi Di Liga Malaysia?
Sehingga artikel ini ditulis, belum diketahui kemana destinasi seterusnya bagi pemain berusia 28 tahun itu.

Antara kelab yang dikaitkan dengan Irazabal ialah JDT dimana mereka bakal diperkuatkan oleh seorang lagi pemain warisan iaitu Hector Hevel.
Irazabal baru-baru ini membuat penampilan pertama bersama skuad Harimau Malaya dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Dalam perlawanan menentang Vietnam, Irazabal bergandingan dengan Facundo Garces dan Matthew Davies.
Ketiga-tiga pemain beraksi dengan baik dimana mereka membantu Malaysia menewaskan Vietnam dengan keputusan 4-0.