Figura penuh kontroversi, Jose Mourinho dilaporkan semakin hampir untuk bergelar pengurus skuad kebangsaan Portugal bagi menggantikan Roberto Martinez.

Perkembangan tersebut disahkan sumber laporan CNN Portugal yang mengatakan Mourinho bakal menjawat tugasan tersebut pada musim panas nanti.

Baca Juga:

Laporan itu turut menyebab segalanya berjalan lancar untuk merekrut pengendali berusia 62 tahun yang kini sedang membimbing kelab Turkiye, Fenerbahce.

Kedudukan Martinez yang dilantik pada 9 Januari 2023 juga dikatakan tidak selamat meskipun beliau berjaya membawa Portugal muncul juara UEFA Nations League.

Sekiranya ia menjadi kenyataan, Mourinho dijangka akan memberi nafas baharu kepada skuad Selecao yang dibarisi ramai bintang berpengalaman seperti Cristiano Ronaldo, Pedro Neto, Bernardo Silva dan Bruno Fernandes.

Selain itu, Portugal turut memiliki barisan bakat muda yang sedang mencuri tumpuan di liga-liga utama Eropah seperti Geovany Tcherno Quenda, Joao Neves dan Antonio Silva.

Jose Mourinho Calon Terbaik

Karisma dan pengalaman luas Mourinho dalam mendepani tekanan besar menjadikan beliau satu nama yang masih relevan buat skuad kebangsaan Portugal.

Beliau bukan sahaja pernah mengendalikan kelab-kelab gergasi seperti Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid, Manchester United dan AS Roma tetapi mempunyai koleksi kejuaraan domestik serta Eropah yang mengagumkan.

Ketika bersama Chelsea, beliau telah mengecapi nikmat selaku juara EPL pada musim 2004/05, 2005/06 dan 2014/15 serta menjulang Piala FA 2006/ 207.

Manakala, Mourinho turut pernah membawa Manchester United menjuarai Europa League dan Piala Liga 2016/17.

Jose Mourinho juga pernah menghadiahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Porto (2002/03) dan Inter Milan pada musim 2009/10.

Sumber