Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghentikan penerimaan permohonan untuk menukar lesen memandu asing kepada lesen memandu Malaysia bermula 19 Mei.

Ini bermakna, mulai hari Isnin, warga asing yang ingin memiliki lesen memandu Malaysia perlu menjalani semua prosedur yang sama seperti yang dilalui oleh warganegara Malaysia, petik Free Malaysia Today.

Baca Juga:

Namun begitu, pengecualian diberikan kepada individu di bawah kor diplomatik, peserta program Malaysia My Second Home (MM2H), serta warganegara Malaysia yang hanya memiliki lesen memandu asing.

JPJ mahu elak insiden kemalangan libatkan warga asing
Kena Lalui Proses Macam Orang Malaysia, JPJ Hentikan Penukaran Lesen Memandu Asing Mulai 19 Mei
Sumber Gambar: BERNAMA

JPJ menyatakan bahawa langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya, khususnya melibatkan warga asing di jalan raya Malaysia.

“Bagi warga asing yang berada di Malaysia kurang daripada 12 bulan, jika negara asal mereka adalah penandatangan Konvensyen Trafik Jalan Raya 1949 dan 1968, mereka dibenarkan memandu di Malaysia dengan permit memandu antarabangsa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan di negara asal mereka.

“Bagi warganegara negara-negara ASEAN, mereka hanya perlu memiliki lesen memandu yang sah dari negara asal mereka,” tambahnya.