Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak meraih RM2.37 juta selepas 1,768 pembida menyertai bidaan siri nombor plat ‘ANU’ dari 19 Disember hingga 23 Disember tahun lalu.
Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, berkata daripada 1,768 pembida itu, sebanyak 3,794 nombor sudah terjual, petik Berita Harian.
Baca Juga:
- Netizen Pertikai VIP Langgar Peraturan, Ini Sebab Banyak Vellfire, Alphard Guna Nombor Plat Putih
- Cadangan Ditolak, Ahli Perniagaan Tuntut Pampasan Nombor Plat MADANI RM1.3 Juta Daripada JPJ, MOT
- Agong Pemilik Nombor Plat ‘FFF 1’, Harap Kerajaan Persekutuan Guna RM1.75 Juta Bantu Rakyat
“Kita ada 10,000 nombor ANU, namun nombor dibida sebanyak 1,768 nombor.
“Namun sebagai perbandingan untuk negeri Perak, jumlah nilai bidaan siri ANU ini tidak dapat menandingi siri plat AMG yang masih mendahului untuk negeri Perak, memandangkan banyak peminat Mercedes Benz membida AMG,” kata Mohammad Yusoff.
Baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada orang awam mengikut harga minimum ditetapkan.
Tambah beliau lagi, nombor plat ‘AMG’ masih berada di kedudukan pertama jualan plat JPJ Perak. Jualan keseluruhan lebih daripada RM6 juta dan ke atas dan masih memegang rekod tertinggi nombor popular dibida.