Walaupun pihak berkuasa sudah memberikan amaran kepada mana-mana kenderaan yang menggunakan nombor plat ‘fancyboleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000, namun masih ramai yang menggunakan nombor plat jenis begitu.

Baru-baru ini Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Advokasi ke atas Kedai menjual nombor plat kenderaan di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Baca Juga:

Advokasi yang bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu dijalankan dibawah Seksyen 62(1) APJ 1987 iaitu Kuasa Memasuki dan Mengeledah Premis.

Sumber Gambar: Facebook JPJ Pulau Pinang

Advokasi ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi peringatan dan nasihat kepada peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan menjual nombor plat pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan di bawah Seksyen 14 APJ 1987 dan Kaedah 6, Kaedah-Kaedah Pendaftaran dan Pelesenan 1959.

Dalam advokasi tersebut, anggota penguatkuasa telah menemui pemilik syarikat dan pelanggan-pelanggan yang sedang berurusan untuk memasang plat nombor kenderaan masing-masing dan memberi mesej berkaitan peraturan undang-undang sedia ada dan hukuman yang boleh dikenakan maksimum RM2,000 jika didapati melakukan kesalahan semasa menggunakan kenderaan terlibat.

“Pengguna jalan raya adalah dinasihat supaya patuh pada peraturan dan undang- undang semasa serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan mematuhi peraturan pelesenan kenderaan agar semua pengguna selamat di jalan raya. Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama,” petik hantaran Facebook JPJ Pulau Pinang.

Sumber Gambar: Facebook JPJ Pulau Pinang

Dalam pada itu, pada ruangan komen hantaran Facebook itu, netizen memuji langkah advokasi berkenaan dan turut meminat pihak JPJ Pulau Pinang untuk turun sama memberikan advokasi kepada kedai-kedai nombor plat lain yang beroperasi di seluruh negeri berkenaan.

Netizen turut mencadangkan pihak berkuasa dapat selaraskan nombor plat standard. Jika hilang atau rosak perlu buat laporan polis dan mohon nombor plat baharu secara online menggunakan sistem JPJ di balai berkenaan. Cadangan itu bagi menghalang isu klon dan pemalsuan nombor plat daripada terus berleluasa.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.