Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah menyita sebuah Lamborghini Aventador SVJ di Persiaran Ampuan Rahimah, semalam, menerusi Ops Luxury.
Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kereta mewah itu melakukan dua kesalahan; Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
Baca Juga:
- JPJ Lancar Aplikasi ‘JPJvBID’, Boleh Bida Kereta Lelong Guna Telefon Pintar Mulai 1 April

- JPJ Perak Sita Lexus Pakai Nombor Plat Myvi

- ‘JPJ Tidak Lagi Keluarkan ‘Roadtax’ Fizikal Selepas 1 Februari’ – Pos Malaysia

Menurut hantaran media sosial JPJ Negeri Selangor, kereta mewah itu disita dibawa ke JPJ Shah Alam
“JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.