Sejak semalam tular gambar sebuah kereta sport model Toyota GR86 dilengkapi dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Gambar yang tular itu membuatkan ramai tertanya-tanya adakah JPJ telah upgrade menggunakan kereta sport untuk penguatkuasaan mereka.

Kenapa Toyota GR86 ada livery JPJ?
JPJ 'Upgrade' Pakai Toyota GR86?
Sumber Gambar: Facebook Ronguman Corse

Bagaimanapun satu hantaran ringkas Facebook rasmi Super GT Malaysia menjelaskan perkara sebenar.

Difahamkan kereta yang dibalut livery itu oleh Craftlab Asia merupakan kereta keselamatan untuk acara perlumbaan GR86 Cup Malaysia Series pertama di Malaysia.

JPJ 'Upgrade' Pakai Toyota GR86?
Sumber Gambar: Facebook Ronguman Corse

Perlumbaan itu merupakan salah satu perlumbaan dalam Super GT Malaysia yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Jun ini di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Selepas 12 tahun hiatus, akhirnya acara lumba Super GT kembali semula ke Malaysia. Malaysia jadi satu-satunya lokasi perlumbaan di luar Jepun untuk siri 2025 kali ini.

JPJ 'Upgrade' Pakai Toyota GR86?
Sumber Gambar: Facebook Super GT