Menjadi satu tanggunjawab buat setiap jabatan untuk mengambil sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai dalam menyelesaikan isu yang dibangkitkan secepat mungkin.
Bagaimanapun, pendedahan mengejutkan daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Pegawai penyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didapati culas dalam mengendalikan kertas siasatan permohonan kad pengenalan berusia lebih sedekad, sekali gus menimbulkan persoalan serius tentang integriti dan kecekapan.

Tempoh siasatan yang berlarutan lebih sedekad dalam kes permohonan kad pengenalan tidak teratur telah menyebabkan kelewatan tindakan di JPN.
Kelemahan ini terbongkar selepas EAIC menerima aduan dan menjalankan siasatan mengikut Akta 700.
Lebih parah lagi, EAIC turut mendedahkan kehilangan sijil lahir asal yang disita oleh JPN, sekali gus melumpuhkan siasatan dan memanjangkan tempoh penyelesaian kes. Ini adalah satu kelemahan serius yang tidak boleh diterima sama sekali.
“Selain itu, EAIC juga mendapati keperluan penambahbaikan yang perlu diambil perhatian terhadap prosedur operasi standard (SOP) JPN membabitkan isu tempoh masa yang wajar diberikan untuk sesuatu kes yang mustahil untuk disiasat diambil tindakan lanjut.
“Justeru, terdapat keperluan untuk kajian dijalankan lebih terperinci dalam pelaksanaan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) bagi pihak yang gagal hadir untuk memberikan keterangan semasa proses siasatan,” katanya.
Bertindak atas aduan serius, EAIC sebelum ini telah mengesyorkan hukuman tatatertib di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JPN. Ini melibatkan pegawai-pegawai JPN yang bertanggungjawab dalam kes tersebut