Perodua Myvi merupakan salah satu kereta kompak yang paling banyak digunakan orang ramai oleh kerana ketahanan dan kemampuannya sehingga diberi nama jolokan sebagai ‘supercar Malaysia’.

Netizen mengakui bahawa Myvi masih bernilai dan mampu dijual pada harga yang ‘tinggi’ walaupun kereta tersebut sudah digunakan untuk beberapa tahun.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara ini dipersetujui ramai apabila seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya menjual Myvi yang telah dipakainya selama 7 tahun lalu pada harga RM28,600 melalui portal online jual-beli kereta terpakai baru-baru ini.

Menurut Adzrin Mansor, sepanjang beliau menggunakan kereta tersebut tiada masalah utama yang berlaku, melainkan menukar engine mounting dan servis berkala seperti biasa.

Pada awalnya beliau cuba jual kereta tersebut dekat pengedar kereta terpakai, bagaimanapun mereka hanya tawarkan sebanyak RM22,000 sahaja.

Kemudian, beliau cuba menjualnya pada portal online jual-beli kereta terpakai. Kali ini ditawarkan RM3,000 lebih tinggi daripada sebelum ini.

Sekali lagi beliau menjual di portal online jual-beli kereta terpakai yang lain, kali ini beliau dapat tawaran harga setinggi RM26,000 dan terus bersetuju untuk menjual Myvi kesayangannya itu.

Portal tersebut memaklumkan bahawa mereka menawarkan jualan secara bidding kerana ada kemungkinan kereta tersebut dapat dijual dengan harga lebih tinggi lagi. Ternyata, ia menjadi apabila ada pembida mahu membeli kereta tersebut pada harga RM28,600.

Sumber Gambar: Facebook Adzrin Mansor
Sumber Gambar: Facebook Adzrin Mansor
Sumber Gambar: Facebook Adzrin Mansor
Sumber Gambar: Facebook Adzrin Mansor
Sumber Gambar: Facebook Adzrin Mansor
Sumber Gambar: Facebook Adzrin Mansor

Perkongsian Facebook itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-rata ramai mengakui jika model Myvi masih dalam keadaan baik, pasti ada pemilik baharu yang sanggup membelinya.

Dalam masa sama, ramai juga rasa terkejut apabila mengetahui Myvi berusia tujuh tahun itu boleh dijual pada harga setinggi itu. Bagaimanapula dengan harga model-model Myvi yang lebih baharu daripadanya.

Jika anda mempunyai ‘kereta lebih’ yang tidak lagi digunakan, mungkin boleh pertimbangkan untuk menjualnya melalui portal online kereta terpakai, jika ada rezeki mungkin harga yang ditawarkan lebih berbaloi.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.