Hari Singles’ Day yang pada mulanya disambut sebagai hari penghargaan buat mereka yang bujang ternyata berjaya membawa fenomena dalam industri e-commerce. Pada tahun ini penglibatan syarikat e-commerce ini bukan sahaja disambut buat mereka yang berada di China malah hampir seluruh dunia.

Alibaba selaku pioneer dalam industri e-commerce China berjaya memperoleh jualan lebih RM100 bilion sepanjang 24 beroperasi pada 11.11. Dalam pada itu, syarikat yang berjaya menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia iaitu Lazada ternyata turut berjaya mengutip jumlah jualan yang tinggi sempena Single’s Day.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: RawPixel

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Lazada, syarikat yang dibawah pegangan Alibaba ini berjaya mencatat jualan sebanyak $123 juta (~RM515 juta). Lebih menarik angka yang berjaya diperoleh ini berjaya memecah rekod jualan pada tahun lepas dengan tiga kali ganda.

Majoriti pengguna juga nampaknya lebih selesa melakukan transaksi menggunakan telefon pintar dimana 7 daripada 10 transaksi yang dibuat datangnya daripada telefon pintar.

Melihat kepada laporan yang dikeluarkan Lazada, jelas ini merupakan petanda jelas buat mereka yang menjalankan bisnes e-commerce atau jualan atas talian untuk memudahkan pengguna berbelanja menggunakan telefon pintar berdasarkan tabiat pengguna.

Baca lagi: Alibaba Catat Rekod Jualan Melebihi RM100 Bilion Sempena ‘Single’s Day’

Sumber