Pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia sedang mengalami transformasi pesat dan semakin mendapat sokongan rakyat tempatan.

Baru-baru ini portal Paultan.org berkongsi data jenama EV popular di Malaysia setakat Februari 2025. Data tersebut merupakan data pendaftaran kenderaan terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Baca Juga:

Jenama kereta EV dari China, BYD mengungguli carta berkenaan. Sebanyak 1,139 unit kereta EV telah dihantar kepada para pelanggan.

Tempat kedua pula dipegang oleh Proton melalui model tunggal mereka, Proton e.Mas yang terjual sebanyak 1,001 unit.

Jualan Model EV Proton Lebih Banyak Daripada Tesla
Sumber Gambar: Proton e.Mas
Jualan Model EV Proton Lebih Banyak Daripada Tesla
Sumber Gambar: Paultan.org

Sementara tempat ketiga pula adalah Tesla, yang mana jumlahnya tidak sampai separuh daripada Proton. Sebanyak 13 unit terjual pada Januari 2025 dan 443 unit pada Februari.

Manakala beberapa jenama lain yang berada dalam lingkungan 10 tertinggi adalah BMW (311 unit), XPeng (155 unit), Zeekr (112 unit), Porsche (89 unit), MG (82 unit), MINI (74 unit) dan Great Wall Motor (66 unit).

“Mencapai 1,000 penghantaran Proton e.MAS 7 bukan sekadar angka—ia mencerminkan kepercayaan dan sokongan daripada rakyat Malaysia yang mempercayai visi kami untuk masa depan yang lebih hijau dan lestari. Perjalanan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan semua.

“Terima kasih Malaysia, kerana menerima perubahan ini bersama kami. Kami akan terus berusaha untuk memajukan teknologi dan membina ekosistem EV yang benar-benar berfungsi untuk semua. Ini hanyalah permulaan,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Sumber