Sering kali apabila menyebut mengenai memiliki hartanah, sudah pastinya harga yang mahal serta semakin naik antara yang menjadi kekangan pembeli. Kenaikan harga barang binaan antara yang menjadi faktor.

Walau bagaimanapun, siapa sangka pembelian rumah di Semenangjung Malaysia berjaya menunjukkan angka yang sangat positif sepanjang 6 bulan pertama tahun 2023.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Dilaporkan sebanyak 11,273 unit telah terjual berbanding tempoh yang sama bagi tahun lalu iaitu sebanyak 3,163. Peningkatan ini sekaligus menunjukkan lonjakan pembelian rumah mencecah hampir 4 kali ganda.

Sumber: Selangor Journal

Berdasarkan Data Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), rumah jenis pangsapuri dan kondominium antara yang menjadi pilihan penduduk Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Rehda menjangkakan kerancakan pembelian rumah ini akan sedikit menurun berikutan peningkatan harga bahan binaan sebanyak 15%.

Pasaran walau bagaimanapun kekal positif dan pelbagai unit hartanah bernilai antara RM150,001 hingga RM300,000 dijangka akan dilaksanakan khususnya di pasaran Kedah, Perlis, Melaka , Pahang, Pulau Pinang dan Perak.

Sumber