Pemain kelahiran Sepanyol, Juan Muniz sah meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tiga musim beraksi bersama kelab itu.
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Muniz mengucapkan selamat tinggal kepada peminat dan memberi penghargaan kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Baca Juga:
- JDT Raih Kemenangan Pertama Dalam Jelajah Pra Musim Di Sepanyol

- Tak Sampai 48 Jam, Jersi ‘Home’ Baharu Buriram United ‘Sold Out’

- Tunku Mahkota Ismail Anggap Penyokong Selangor ‘Deserve Better’

Kontrak Juan Muniz Bersama JDT Tamat
“Selepas tiga tahun yang tidak dapat dilupakan, sudah tiba masanya untuk menutup babak yang sangat istimewa dalam hidup saya.

“Saya mengucapkan selamat tinggal kepada JDT dengan hati yang penuh kesyukuran atas segala yang saya alami di kelab ini.
“Terima kasih yang tulus kepada boss, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pengarah sukan, Kiko Insa kerana mempercayai saya sejak hari pertama.
“Terima kasih juga kepada rakan sepasukan saya, kakitangan dan semua peminat kerana menjadikan perjalanan ini benar-benar unik.

“Johor akan sentiasa menjadi sebahagian daripada saya. Jumpa anda di masa hadapan,” kata Muniz.
Muniz menyertai JDT dari kelab Greece, Atromitos dan sejak itu telah membuat 42 penampilan untuk Harimau Selatan dan menjaringkan 15 gol.