Rezeki tahun baharu untuk seorang remaja berusia 16 tahun yang berjaya meraih hadiah wang tunai RM200,000. Video tersebut telah tular di X.
Ianya hanya dengan menyertai pertandingan memancing. Remaja tersebut menyertai pertandingan yang dilangsungkan di Ulu Yam.
Netizen dengan cepat menyatakan bahawa siapa kata hobi memancing tak boleh kaya. Buktinya remaja tersebut baru sahaja memiliki wang tunai RM200,000 kerana hobinya itu.
“Asyik memancing je, ingat memancing boleh jadi kaya ke?”
Say no more. pic.twitter.com/eWJ8K6ZNd9
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) January 8, 2025
Seorang warganet berkata: Alhamdulilah. Rezeki adik ni. Memang laa RM00k tu tak banyak mana. Cepat jer habis kalau tak pandai setting. Sebab ringgit makin kecil nilai. Cuma muda sangat dapat RM200k. Apa dia nak buat dengan duit itu tak tahu laa.”
Ramai yang mengucapkan tahniah dan berharap remaja tersebut menyimpan wang dan membelanjakannya dengan sebaiknya.
Ada juga yang mengingatkan remaja itu agar jangan lupa bagi emak ayah dia sebahagian daripada wang tersebut.
Netizen yang lain berseloroh bahawa, sudah tiba masanya untuk mereka keluar daripada persaraan dan terlibat semula dalam dunia memancing.
Ada yang bertanya betul ke hadiah dalam bentuk wang tunai yang dijanjikan. Netizen yang berkongsi berita itu memuat naik satu lagi video menunjukkan penganjur sedang mengira dan menyusun wang kemenangan untuk diserahkan kepada remaja tersebut.
Rezeki adik ni lah raya awal dapat 200k cash. Simpan elok elok dik! Belanja mak ayah dulu yang penting 🥹 pic.twitter.com/UCnFQqhf5j
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) January 8, 2025
Aktiviti memancing antara hobi yang memiliki ramai penggemar. Mereka ada komuniti yang sangat besar di negara kita.