Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini mempertahankan sekumpulan pelajar yang memakai jubah Ku Klux Klan (KKK) di kampusnya di Dengkil, dengan mengatakan bahawa tindakan itu adalah sebahagian daripada tugasan berkaitan isu-isu perundangan.
Dalam satu kenyataan, UiTM juga berkata bahawa pihaknya tidak menganggap aksi tersebut sebagai sesuatu yang menyinggung sensitiviti agama, petik Free Malaysia Today.
Baca Juga:
- Bapa Dakwa Pelatih Palapes UiTM Meninggal Dunia Ekoran Teruk Didera
- Tiga Pelajar UiTM Dungun Maut Dilanggar Wanita Tidak Siuman
- Dari Kedah Ke UiTM Puncak Alam Pukul 3 Pagi, Kegigihan Gadis Ini Pergi Temu Duga Dipuji
Menurut universiti itu, pembentangan para pelajar berkenaan tertumpu kepada isu diskriminasi berdasarkan warna kulit, satu amalan yang wujud di beberapa buah negara.

screenshots of the perpetrators’ instagram posts and stories
3/3 pic.twitter.com/vdZkU2FSbm
— yapxiang #PandangKeSabah 🍉 (@yapxiang) April 14, 2025
“Pakaian tersebut adalah sebahagian daripada visual untuk membantu memberikan pemahaman dan penghargaan yang lebih baik terhadap topik yang dibentangkan,” katanya.
UiTM memberikan kenyataan itu sebagai respons terhadap sebuah video yang tular, yang menunjukkan pelajar-pelajar memakai jubah KKK dan memegang salib.
Universiti itu berkata bahawa pihaknya sentiasa menekankan nilai-nilai seperti toleransi, rasa hormat, dan kepekaan budaya dalam bidang akademik serta kekal komited terhadap pendidikan yang bertanggungjawab dan beretika.

UiTM harap perkara itu dipandang secara ilmiah
“Kami berharap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan mengelakkan sebarang salah tafsir terhadap tugasan yang telah dijalankan.”
Orang ramai turut digesa supaya menilai insiden tersebut melalui pandangan akademik serta mengambil kira konteks situasi berkenaan.