Jude Bellingham mendedahkan bahawa Kylian Mbappe kini berdepan dengan tekanan yang sangat tinggi selepas kelab itu mengalami satu lagi kekalahan. Kali ini di tangan Liverpool pada aksi UCL.

Real Madrid bukan sahaja kalah, namun bintang utama mereka, Kylian Mbappe bermain di bawah standardnya sekali lagi.

Termasuk penalti yang tidak masuk yang menjadi turning point besar kepada kemenangan dominan Liverpool.

Mbappe bermain di posisi kegemarannya di sayap kiri selepas Vini Jr tidak cergas.

Jika sebelum ini Mbappe dikatakan tidak beraksi cemerlang kerana terpaksa bermain no.9. Namun dalam aksi di Anfield, Mbappe gagal memberikan impak besar di posisi kegemarannya.

Bellingham berkata: “Ia adalah [penalti Mbappe] momen  yang terbesar dalam perlawanan ini, tetapi ia boleh berlaku dalam bola sepak.

“Dia seorang pemain yang hebat tetapi tekanan yang dia hadapi kerana kehebatannya adalah besar. Penalti bukan sebab kami kalah dalam perlawanan itu.

“Secara kolektif kami tidak cukup bagus pada malam itu, mereka beraksi lebih baik daripada kami dan ia semudah itu.

“Kylian boleh terus mendongakkan kepalanya, saya tahu pasti dia akan menghasilkan lebih banyak detik yang hebat untuk kelab ini.”

Peminat Real Madrid meletakkan harapan sangat tinggi kepada Mbappe yang dianggap sebagai pengganti sebenar kepada Cristiano Ronaldo atau Karim Benzema sebagai marquee player.

Namun pemain antarabangsa Perancis itu masih bergelut dengan prestasinya. Beberapa minggu lalu, dia menuai kritikan dalam kekalahan Real Madrid di el clasico selepas 8 kali dia ofsaid dalam satu perlawanan.