Awal tahun lalu, seorang pemuda seorang pemuda berkata beliau menemui 6 pasang kasut edisi terhad Nike Air Mag yang tersimpan di sebuah stor terbiar.
Kasut Nike Air Mag tersebut merupakan model replika yang disarung Michael J. Fox dalam filem Back To The Future II dan hanya dihasilkan sebanyak 1,500 unit sahaja. Lebih unik, kasut ini dijual secara bidaan dan cuma pembida tertinggi sahaja layak untuk membeli kasut ini.
Jadi untuk menemui 6 pasang kasut ini dalam keadaan tidak terusik memang sesuatu yang rare. Namun, segala persoalan tersebut terjawab apabila pemuda yang menemui kasut tersebut adalah Joe Hebert.
Right! Like someone would forget that they had $40k worth of items in a storage containers. It’s like selling your house, but “forgetting” that you have two Lambos in your garage with the pink slips in the glove boxes with your signature already on them.
— Jeffrey Nelson (@jeff_k_nelson) March 2, 2021
Joe Hebert merupakan anak kepada bekas naib presiden dan pengurus besar Nike cawangan Amerika Utara, Ann Hebert yang meletak jawatan Isnin lalu kerana terlibat dalam aktiviti reselling milik Joe.
Jadi ramai yang mengesyaki kejadian ‘terjumpa’ kasut Nike Air Mag di stor terbiar ini adalah ciptaan Joe semata-mata untuk mempromosikan bisnes reselling beliau, West Coast Streetwear.
Milik siapa sebenarnya 6 pasang kasut Nike Air Mag itu sebenarnya? Mungkin Joe Hebert sendiri akan menjawab persoalan ini tidak lama lagi.
Untuk membaca lanjut tentang kes Joe Hebert, klik pada pautan di bawah.
6 Pasang Nike Air Mag Bernilai Ratusan Ribu Ringgit Dijumpai Dalam Stor Terbiar
Naib Presiden Nike Letak Jawatan Selepas Terpalit Skandal Bisnes ‘Reseller’ Milik Anaknya
Betulkah Kasut ‘Hands-Free’ Nike Go FlyEase Ini Akan Buat Orang Jadi Makin Malas?