Jungkook BTS mengucapkan selamat tinggal buat sementara kepada peminat setianya menerusi satu siaran langsung di media sosialnya kerana dia perlu menjalani latihan tentera.
Penyanyi BTS itu merupakan antara selebriti paling berpengaruh di dunia dan sudah tentunya antara artis Kpop paling popular sepanjang zaman.
Baca Juga:
- ‘Kalau I Jadi Hos Dah Rampas Mic Tu’, Peminat Kpop Kutuk Amir Ahnaf Rosakkan Lagu BTS
- Dikecam Kerana Bergelek, Amir Ahnaf Nasihatkan Netizen Buka Minda Tentang Seni Eskspresi Fesyen
- Penangan Jung-Kook BTS, Keranda Dalam Muzik Video ‘Seven’ Laris Terjual
Jungkook dilihat cuba menahan air matanya ketika dia mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada para peminatnya sebelum dia menyertai latihan wajib ketenteraan di Korea Selatan.
🐰Everyone, I love you
🐰 I'll be back strongerThe way jungkook was holding back his tears l cant do this anymore :((( pic.twitter.com/9Z3YC8ploe
— Carolyne🌱⁷ ʲᵏ ʰᵒᵖᵉ ᵛᵉʳ (ꪜ)🃏🧑🚀💙🪞🦋🥢🪐🎬✌️ (@mhereonlyforbts) December 11, 2023
Peminat Jungkook benar benar bersedih kerana terpaksa berpisah buat sementara dengan artis itu yang seringkali memuat naik konten live sambil mengemas rumah dan menyanyi.
Mereka terkesan dengan penyanyi yang digelar golden makane itu yang akan berpisah dengan mereka buat sementara.
Ada yang menyatakan bahawa mereka akan sentiasa melihat siaran langsung Jungkook. Kerana dia seorang yang merendah diri dan polos / innocent.
Peminat kagum dengan kepandaian Jungkook buat kerja kerja di rumah termasuk lipat kain selain daripada bersenam, tidur serta melayan peminatnya dengan menyanyikan lagu yang mereka minta.
Jadi selepas ini mereka terpaksalah mengulang balik video lama sementara Jungkook menjalani latihan tentera, untuk melepaskan rindu dan berharap akan berjumpa lagi pada 2025.
Seorang lagi berkata dia akan merindui aksi Jungkook ketika melipat seluar dalamnya:
“Tiada lagi siaran langsung tengah malam, aksi melipat sluar dalam, menyanyi dan workout, [terpaksa] binge [episod] run BTS la.”
Di Korea Selatan lelaki yang sihat tubuh badan diwajibkan untuk menyertai latihan ketenteraan sekitar 18-21 bulan.
Kecuali mereka yang mendapat pelepasan khas seperti memenangi emas Olimpik atau Sukan Asia untuk negara mereka dan beberapa jasa lain.
Sebelum ini ramai yang meminta agar BTS diberikan pelepasan khas kerana mereka antara penyumbang terbesar dalam sektor hiburan untuk ekonomi Korea. Isu itu turut diperdebatkan di Parlimen Korea Selatan.
Namun pada Oktober 2022, pengurusan BTS mengesahkan kesemua anggota BTS akan menjalani latihan ketenteraan sebagai rakyat Korea Selatan.
Peminat BTS mengharapkan bahawa selepas ini BTS akan kekal kukuh walaupun selepas meninggalkan dunia hiburan selama 2 tahun lamanya. Mereka akan setia menunggu BTS.
WE WILL WAIT FOR YOU JIN
WE WILL WAIT FOR YOU HOBI
WE WILL WAIT FOR YOU YOONGI
WE WILL WAIT FOR YOU NAMJOON
WE WILL WAIT FOR YOU TAEHYUNG
WE WILL WAIT FOR YOU JIMIN
WE WILL WAIT FOR YOU JUNGKOOK— anöô🦋 sending farewell for a while 🥺 (@BlueTheSwan) December 12, 2023