Menjadi kebiasaan buat pasangan pada hari ini untuk merakam saat pernikahan untuk dijadikan sebagai kenangan. Untuk mendapatkan shot yang cantik, sudah semestinya para jurugambar mahu mengambil gambar yang lebih sinematik menerusinya.
Tetapi nasib tidak menyebelahi sekumpulan jurugambar ini apabila mereka dikatakan telah dihalang akses untuk mengambil di dalam sebuah premis masjid yang tidak dinyatakan lokasi secara terperinci.
Jadi, di dalam video berdurasi 34 saat itu, pada awalnya mereka dilihat terpaksa mengambil babak penting sewaktu akad nikah pasangan dilaksanakan dari luar kawasan masjid iaitu hanya menerusi tingkap kaca dari jarak jauh.
Nampak kekecewaan terukir pada wajah mereka kerana tidak dapat menangkap gambar yang lebih menarik pada saat itu seperti yang diharapkan. Sudut untuk pengambaran juga terhad sekaligus sukar menjayakan konsep yang biasa dilakukan.
Bagaimanapun, pasukan jurugambar itu berterima kasih kepada pihak penyedia dewan kerana memberikan pelepasan untuk pengantin mengambil gambar yang lebih formal dan menarik walaupun sudah lewat malam.
Baru tahu rupanya ada sesetengah masjid tak benarkan photographer untuk tangkap gambar dalam masjid.
Terpaksa zoom pengantin waktu akad nikah 👏🏻 pic.twitter.com/Jlo69MnlSx
— kamaghul deghaman (@kamaghul) June 3, 2025
Perkongsian video itu langsung meraih pelbagai reaksi dari netizen.
Ramai menyoal mengapa wujud larangan mengambil gambar di dalam ruangan masjid walhal perkara itu tidak melanggar syarak sama sekali.
“Boleh x mane ahli masjid terangkan kenapa ada masjid tak bagi kamera masuk?” soal seorang netizen kepada masjid yang berbuat sedemikian.
“Aku pun kena masjid ni jgak haritu. . Last2 tok siak sendiri ambik pakai fon dia,” kongsi pengalaman lucu yang pernah dihadapi sebelum ini oleh seorang netizne.
Selain itu, sebahagian netizen turut merasakan perlu adanya kaji selidik terlebih dahulu lokasi sebelum membuat sesi pernikahan jika mahu mengambil khidmat jurugambar agar perkara ini tidak terjadi.