Penggambaran pra-perkahwinan secara  ‘outdoor’ sudah menjadi popular kerana ramai mahu mendapatkan hasil gambar yang cantik dengan cahaya semula jadi.

Terkini, tular di media sosial mengenai satu kejadian yang memperlihatkan jurugambar bersama krew yang mahu membuat pengambaran perkahwinan untuk sepasang pengantin baharu di sebuah lokasi homestay.

Menerusi video itu, mereka dilihat memenuhi kawasan sebuah rumah homestay yang sedang kian viral kerana mempunyai rekaan yang cantik dan estetik sekaligus menjadi dambaan ramai untuk merakam detik manis sebagai kenangan di situ.

Namun, jurugambar itu dengan selambanya membuka pagar kecil yang dipercayai jambatan kecil sebelum boleh masuk ke kawasan rumah tersebut.

Pemilik rumah dengan pantas membunyikan siren dan langsung kelihatan riak muka lelaki itu gelabah lalu menutup semula pagar tersebut.

Difahamkan mereka tidak meminta keizinan untuk membuat pengambaran perkahwinan di rumah sewa yang betul terletak cantik di tengah bendang.

Jurugambar Terus Cabut Selepas Dengar Siren, Didakwa Cuba Ceroboh Homestay Untuk 'Shooting'
Sumber Gambar: TikTok

Pemilik langsung meluahkan kekecewaan dengan mengatakan “minta izin dulu nak bergambar pun” kerana sudah dikira melakukan pencerobohan dan melanggar privasi jika ada penyewa ketika itu.

@qmcottagetinyhouse

#qmcottagetinyhomestay #homestayviralpasirmas #qmcottage #jagaadab

♬ Funny – Gold-Tiger

Sementara di ruangan komentar, ramai berkongsi rasa puas hati dengan kepekaan pemilik rumah yang memberi amaran dengan siren dan berminat mengetahui model CCTV yang digunakan.

Selain itu, ada membangkitkan perbahasan jika kalau masyarakat pada hari ini semakin menipis dalam perihal adab.