Menjelang aksi antara Itali dan Is***l yang akan datang, Persatuan Jurulatih Bola Sepak Itali (AIAC) berharap aksi itu tidak akan berlaku.
Itali akan berdepan dengan Is***l dalam dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Namun AIAC benar benar berharapI s***l digantung sama seperti Rusia sebelum ini.
Ini kerana Is***l telah mengakibatkan banyak kehilangan nyawa orang awam tidak berdosa terutama sekali ke atas jurulatih dan pemain bola sepak di Palestin.
AIAC telah menghantar surat rasmi kepada Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), mendesak agar Is***l digantung daripada pertandingan antarabangsa.
Tuntutan ini akan disampaikan kepada badan induk Eropah dan dunia — UEFA dan FIFA — dengan alasan konflik yang semakin sengit di Gaza.
Menurut AIAC, ini bukan lagi isu kononnya mencampuri politik sesebuah negara, namun lebih kepada isu kemanusiaan. Terutama sekali pengamal bola sepak pun turut menjadi mangsa kekejaman Is***l.
Lantas bola sepak itu sendiri harus bertindak. Baru baru ini UEFA akhirnya bersuara tentang penindasan di Gaza menerusi kain rentang pada aksi Piala Super Eropah.
Namun AIAC menuntut tindakkan lebih berat. Menurut AIAC, “Is***l mesti dihentikan. Bola sepak juga perlu bertindak.”
AIAC menegaskan bahawa dengan “pembunuhan harian” yang turut meragut nyawa pengurus, jurulatih serta atlet, adalah wajar, perlu — malah menjadi kewajipan — agar isu ini dibangkitkan dalam rundingan persekutuan, dan cadangan penggantungannya dibawa ke UEFA dan FIFA.
Menurut wakil AIAC, memfokuskan hanya kepada perlawanan tanpa ambil peduli perkara ini adalah salah.
“Dunia sedang tenat. Ramai seperti rakyat Palestin sedang menderita. Sikap acuh tak acuh adalah tidak boleh diterima,” ujar Francesco Perondi, naib presiden AIAC.