Ketua jurulatih pasukan Taiwan, Gary White menjadikan Malaysia sebagai rujukan dimana beliau mahu badan bola sepak negara itu mengambil khidmat pemain naturalisasi dan juga warisan.
Taiwan tewas kepada Malaysia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Dunia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini dan Gary menegaskan salah satu langkah untuk meningkatkan kualiti skuad kebangsaan ialah dengan menggunakan pemain naturalisasi dan warisan.
Baca Juga:
- Gary White: Malaysia Mudah Diramal, Taktikal Kami Berkesan
- Gary White: Chinese Taipei Datang Ke Sini Untuk Menang
- Kim Pan-gon Mahu Terus Kekal Bimbing Malaysia
“Itu merupakan sebahagian daripada perancangan. Kami sudahpun berhubung dengan beberapa pemain memandangkan rakyat Taiwan ada di pelbagai negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Kami sememangnya mahu mengikut jejak langkah Malaysia.
“Tapi pada masa yang sama, kita juga perlu memikirkan pemain tempatan. Kita tidak mahu pasukan dibarisi oleh pemain yang tidak tahu menyanyikan lagu kebangsaan atau bercakap bahasa yang digunakan. Kami mahu memiliki kombinasi antara dua.
“Perkara bagus di Taiwan ialah sekiranya mahu menjadi warganegara, anda perlu berkhidmat dengan tentera. Saya rasa itu boleh menanamkan sifat nasionalisme di dalam diri pemain.
“Ada pemain yang akan datang pada bulan September nanti. Selain dari itu, kita perlu mempunyai liga dengan sistem yang bagus kerana itu akan memainkan peranan bagi pemain,” kata Gary.
Kedua-dua pasukan gagal untuk melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan bakal menghadapi saingan pusingan ketiga bagi merebut tempat ke temasya Piala Asia 2027 yang bakal diadakan di Arab Saudi.
Malaysia mencatat kemenangan dengan keputusan 3-1 menerusi jaringan Safawi Rasid, Paulo Josue dan Adip Ra’op.