Seorang pelakon berusia 18 tahun telah dicabul oleh lelaki dewasa berusia 41 tahun yang juga seorang jurusolek.

Pelakon berusia 18 tahun itu adalah pelakon separuh masa di Istana Budaya. Dan dia telah pergi ke kedai gunting rambut di Ayer Keroh pada 17 Januari lalu.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Malangnya, maruahnya hari itu telah dinodai seorang jurusolek atau makeup artist (MUA).

Pelakon tersebut kemudian membuat laporan polis selepas merasakan dirinya sudah dicabul oleh MUA tersebut.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi, mengesahkan bahawa mangsa adalah pelajar kolej berasal dari Bangi.

Dia pergi kedai tersebut kira kira pukup 3 petang. Mangsa sudah mengenali suspek, dan tidak menyangka bahawa suspek seorang yang songsang.

Suspek mulai menawarkan urutan badan kepada mangsa selepas menggayakan rambutnya. Dan kemudian suspek mulai meraba bahagian paha mangsa.

Kemudian suspek bertindak menanggalkan seluar mangsa dan mencabulnya.

Selepas selesai sesi urutan yang pelik itu, mangsa segera meninggalkan salon itu. Mangsa mengambil sedikit masa untuk bertenang sebelum membuat laporan polis.

Polis daripada Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menahan suspek di salon tersebut kira kira 4.30 petang pada 19 Januari.

Dipetik dari sumber Sinar Harian, Polis dalam kenyataan berkata: “Suspek telah ditahan reman sehingga Ahad. Dan dia sedang disiasat di bawah Seksyen 377C, Kanun Keseksaan di atas kelakuan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii.”