Penyanyi pop kelahiran Kanada baru-baru ini dilaporkan telah didiagnosis dengan penyakit Lyme, satu jenis penyakit yang menyebabkan bakteria yang dibawa oleh kutu.

Ia adalah sejenis penyakit yang menular disebabkan oleh bakteria jenis Borrelia burgdorferi yang disebarkan melalui gigitan kutu.

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Serikat (CDC) menyatakan bahawa Lyme merupakan penyakit umum di AS.

Penyanyi berusia 25 tahun berkongsi berita itu di dalam satu hantarannya di Instagram pada Rabu lalu.

https://www.instagram.com/p/B7EnV5VHEYp/

“Walaupun ramai yang mengatakan Justin Bieber kelihatan seperti tidak terurus, tetapi ada juga yang menyatakan bahawa beliau mengambil meth.

“Mereka gagal menyedari saya baru-baru ini didiagnosis dengan penyakit Lyme, bukan hanya itu tetapi mempunyai kesan yang serius terhadap kulit, fungsi otak, tenaga, dan kesihatan secara keseluruhan,”tulis Bieber.

Bieber juga bakal keluarkan satu siri dokumentari yang menceritakan bagaimana kehidupan beliau dalam menjalani hidup sebagai pesakit Lyme.

Tujuan beliau adalah untuk menunjukkan kepada para peminat bagaimana penyakit ini telah memberi kesan kepada kehidupan seharian beliau.

Penyakit Lyme berasal dari lokasi pertama kali penyakit ini ditemui, yakni di Old Lyme pada 1975. Kini setiap tahun, CDC mencatatkan lebih dari 300 ribu orang yang mengidap penyakit ini.

Justin Bieber sebelum ini mencabar Tom Cruies berlawan di pentas UFC. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Justin Bieber Secara Tiba-Tiba Cabar Tom Cruise Berlawan Di UFC

Tonton Video Muzik ‘I Don’t Care’ Oleh Ed Sheeran Dan Justin Bieber

Jenama Milik Justin Bieber, Drew House Keluarkan Selipar Hotel Dengan Harga Serendah RM21

Sumber