Pertahanan naturalisasi, Justin Hubner mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama Indonesia beraksi dalam saingan English Premier League (EPL) yang cukup popular di dunia.
Hubner merupakan pemain pertahanan skuad Garuda dan telah rasmi berstatus naturalisasi selepas mendapat taraf warganegara Indonesia pada 6 disember lepas.
Baca Juga:
- Shin Tae-Yong: Indonesia Mampu Mara Ke Pusingan 16 Piala Asia 2023
- Indonesia, Singapura Berminat Jadi Tuan Rumah Bersama Piala Dunia B-20
- Radja Nainggolan Bakal Beraksi Di Liga 1 Indonesia
Pemain kelahiran Belanda itu kini didaftarkan sebagai pemain Indonesia bersama kelab Wolverhampton Wanderers (Wolves) bermula musim 2023/24 menurut laman web rasmi EPL.
✅ SEJARAH : Justin Hubner kini menjadi orang Indonesia PERTAMA yang terdaftar sebagai pemain di website Premier League. 🇮🇩
Ditunggu jadi pemain PERTAMA yang debut.. 😁 pic.twitter.com/x0YGJIBBos
— Extra Time Indonesia (@idextratime) December 26, 2023
Perubahan itu sekaligus mencipta sejarah baharu apabila muncul pemain pertama dari Indonesia yang beraksi di EPL walaupun masih belum buat penampilan pertama bersama skuad utama Wolves.
Hubner menyertai Wolves pada tahun 2020 dan merupakan salah satu dari sembilan pemain yang diberikan biasiswa oleh kelab selepas menyinar bersama skuad B-18 tahun.
Pemain tersebut sempat dipanggil menyertai skuad Garuda B-20 namun gagal membuat penampilan di Piala Dunia B-20 kerana hak tuan rumah Indonesia ditarik balik.
Hubner berpeluang beraksi dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar tahun depan apabila namanya berada dalam senarai awal 28 pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia.
Beliau bakal diuji dalam aksi persahabatan menentang Libya sekaligus membuat penampilan pertama bersama Indonesia.
Selain Hubner, Indonesia turut mempunyai seorang lagi pemain pertahanan dari Liga England iaitu Elkan Baggott yang beraksi bersama kelab divisyen 3, Cheltenham Town.
Kedua-dua pemain itu menjadi taruhan pengendali Indonesia, Shin Tae-yong untuk memperkuatkan barisan pertahanan dalam Piala Asia 2023.