Dari segi gaya, buat masa ini mungkin tiada perdana menteri yang dapat lawan Justin Trudeau, perdana menteri Canada. Buat yang tidak tahu, Justin menjadi perdana menteri Canada pada November 2015 di usia 43 tahun, menjadikan beliau perdana menteri kedua paling muda yang memegang jawatan perdana Menteri Canada.

Usia dan jawatan tidak menghalang Justin menambah elemen fun kepada pakaian formal beliau. Sempena ‘May the Fourth’ semalam (sambutan tahunan untuk peminat Star Wars seluruh dunia), beliau menggayakan stokin dengan gambar yang cukup cool; stokin dengan grafik R2-D2 dan C-3PO ketika bertemu Perdana Menteri Ireland. Dari pilihan stokin ini kita sudah tahu Justin ini bagaimana orangnya.

Peminat Star Wars dari seluruh dunia sangat menyukai Justin yang turut menyambut sambutan May The Forth dan beliau mendapat pujian ramai di laman sosial terutamanya di Instagram dan Twitter. Ini bukan kali pertama Justin dirakam memakai stokin dengan warna yang colorful. Tahun lalu ketika hari kebangsaan Canada, beliau mengenakan stokin dengan motif maple leaf, daun yang sangat sinonim dengan negara Canada.

Senang sahaja sebenarnya mahu ambil hati rakyat dan rasanya pemimpin seluruh dunia boleh ambil Justin sebagai role model bagaimana untuk menarik hati golongan muda secara halus. Tak perlu try hard pun.

Kalau menteri paling bergaya di Malaysia pula, Khairy Jamaluddin adalah pilihan saya. Beliau pegang portfolio menteri di Kementrian Belia & Sukan. Penampilan beliau pun kena dengan kementerian yang beliau jaga. Steadylah KJ!