Isu teknikal semasa berada di plaza tol merupakan salah satu perkara yang tidak boleh dielakkan. Siapa-siapa sahaja boleh ‘terkena’.

Baru-baru ini seorang pengguna jalan raya berkongsi pengalamannya dibayarkan tol oleh pemilik Ferrari.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian Instagram @mhfzz, semasa melalui lorong SmartTAG, MyRFID kad TNG milik tidak dapat dikesan.

Dia mahu mengundur untuk mencuba sekali lagi, bagaimanapun Ferrari yang berada di belakang terlalu dekat dengan keretanya.

Tidak lama kemudian palang di hadapannya terbuka. @mhfzz terus meninggalkan plaza tol tersebut.

Oleh kerana berasa malu, dia memecut laju meninggalkan Ferrari tersebut.

Semasa perjalanan, dia perasan kelibat Ferrari itu memotongnya di lorong kanan.

@mhfzz nampak pemandu Ferrari mengangkat tangan dan mengganggapnya sebagai ‘tanda perpisahan’.

“Terima kasih brader Ferrari belanja tol,” kata @mhfzz.

Sumber