Agensi Pengangkutan Awam Malaysia (APAD) mengumumkan bahawa kadar tambang bas ekspres untuk kelas ekonomi akan meningkat sebanyak 10% sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kenaikan itu berkuatkuasa daripada 4 sehingga 17 April akan datang. Ianya susulan daripada kelulusan oleh jemaah menteri yang membenarkan surcaj pada musim perayaan sebanyak RM0.009 untuk setiap 1 kilometer.

Baca Juga:

Jadi, ianya akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres sedia ada kepada RM0.102 sekilometer berbanding RM0.093 untuk sekilometer pada kadar biasa.

APAD turut membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi perkhidmatan bas ekspres sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 April akan datang.

Ini untuk menampung kadar peningkatan penumpang yang akan pulang ke kampung sempena perayaan aidilfitri itu kelak. Permohonan boleh dibuat bermula 11 Mac sehingga 2 April 2024.

Untuk permohonan yang lulus, tempoh sah laku lesen tersebut adalah daripada 4 April sehingga 17 April dengan pengusaha bas ekspres perlu mengikuti garis panduan dan syarat khas.

Bas ekspres tersebut perlu dilengkapi dengan kemudian GPS dan juga usia bas adalah tidak melebihi 10 tahun. Permohonan adalah terhad kepada perkhidmatan jenis ekonomi sahaja.

APAD meminta semua syarikat bas ekspres agar memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti serta mengikuti kadar tambang yang ditetapkan. Mereka juga harus menyediakan perkhidmatan yang mengikut jadual perjalanan yang sudah ditetapkan.

Paling mustahak adalah memastikan jaminan keselamatan kepada penumpang mereka serta mematuhi peraturan ketika di jalan raya.

Sebarang pelanggaran syarat akan menyebabkan mereka bakal berdepan dengan tindakan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

APAD benar benar berharap semua pihak mematuhi peraturan.