Malaysia bukan sekadar sebuah negara kecil di Asia Tenggara, ia adalah sebuah suara gergasi yang tidak pernah gentar di pentas dunia.

Sejak berdekad lamanya, Malaysia kekal menjadi antara  negara paling lantang melaungkan solidariti buat bumi Palestin. Apabila prinsip mengatasi segala-galanya, dunia akan mula berpaling memandang.

Itulah yang berlaku apabila video ketegasan pemimpin Malaysia mengenai isu Palestin kembali tular, sehingga mendapat reaksi luar biasa daripada legenda sukan tempur, Jake Shields.

Semuanya bermula apabila dia melakukan satu podcast bersama beberapa tetamu lain yang membincangkan tentang ketegasan bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir dalam membidas kekejaman serta membongkar muslihat kerajaan Israel secara terbuka di peringkat antarabangsa.

Seorang daripada tetamu undangan langsung mahu memperkenalkan tokoh berpengaruh ini kepada Jake Shields dan kepada pendengar lain.

” Dan saya ingat melihatnya seperti 20 tahun yang lalu. Beliau sebagai ketua negara benar-benar mengatakan bahawa Yahudi melakukan insiden 9-11.

“Saya seperti, wow, lelaki, wow, saya mencintai anda, lelaki. Dia telah mengatakan kebenaran. Mereka mengatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia sebelumnya mengatakan bahawa Jews melawan dunia dengan proksi malah dia mengatakan sesuatu yang perlu dilakukan,” cerita dengan penuh bersemangat.

Malah, ketegasan yang tidak berbelah bahagi ini telah membuatkan figura antarabangsa seperti Jake Shields terpesona, sehingga terdetik di hatinya untuk berhijrah ke tanah air kita.

Bahkan, Tun M disifatkan sebagai tokoh paling ‘based’ dalam istilah Gen Z yang merujuk kepada keberanian seseorang mempertahankan prinsipnya tanpa menghiraukan tekanan dunia.

“Saya mungkin perlu pindah ke Malaysia, tulis ciapannya di platform X pada hari semalam.

Menariknya, warga tempatan menyambut baik akan hasrat lagenda  MMA berkenaan dan meminta dia pertimbang untuk datang bercuti ke sini.

Dalam pada itu, ramai yang mengagumi pendirian teguh tokoh tersebut yang tidak gentar mendepani kuasa besar demi membela nasib Palestin. Keberanian beliau berdiri di atas paksi kebenaran saat dunia memilih untuk membisu telah mencetuskan gelombang rasa bangga dalam kalangan rakyat.