Pada tahun lalu, berlaku sejumlah krisis global yang secara langsung telah mengubah landskap dunia. Antara yang terkesan sudah semestinya industri telefon pintar yang mana sangat bergantung kepada prestasi jualan peranti di serata negara.

Menerusi kajian Counter Point, mereka mendapati orang ramai kurang membeli telefon pintar kerana takut dengan kegawatan ekonomi yang melanda. Susulan itu, berlaku penurunan jualan telefon pintar sebanyak 12% secara keseluruhannya di peringkat global pada tahun lalu.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Counterpoint

Bagaimanapun, segmen premium pula dilihat menyumbang kepada 55% kepada hasil jualan telefon pintar pada tahun lalu. Ini bermakna majoriti pengguna sanggup membeli telefon pintar flagship yang mahal kerana mereka mahu menggunakan telefon pintar untuk tempoh yang lama.

Menerusinya, bahagian pasaran Apple telah meningkat ke 6% sementara Samsung pula memperlihatkan penurunan sekitar 5%. Difahamkan Apple mampu mendominasi pasaran premium lebih tinggi jika bekalan iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max mencukupi sewaktu kemuncak musim cuti pada tahun 2022 lalu.

Selain Apple, jenama Google Pixel dan Honor menunjukkan peningkatan perkongsian pasaran mencecah lebih 100% untuk segmen premium. Difahamkan Google dan Honor mampu meningkatkan jualan telefon pintar masing-masing dengan menawarkan peranti canggih pada harga premium.

Sumber