Dia mungkin tidak mencalonkan dirinya dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat tahun ini, tetapi Dwayne ‘The Rock’ Johnson telah menjadi individu ketiga paling disokong untuk jawatan tersebut sejak dia menyampaikan pidatonya awal minggu ini.

Pelakon dan bekas bintang WWE ini telah dimasukkan ke dalam senarai pilihan raya oleh sebuah portal judi setelah dia berkongsi ucapan Black Lives Matter yang mengecam tindakan Donald Trump di media sosial.

Menurut Oddschecker, pelakon berusia 48 tahun itu telah menerima 3.34% dari semua pertaruhan sejak dia dimasukkan ke dalam senarai. Ini meletakkannya di belakang Trump, yang telah menerima 51%, dan Biden, yang telah menerima 35%.

Cadangan ini mungkin dianggap seperti tidak masuk akal untuk seorang selebriti yang sering memenuhkan jadualnya dengan berlakon untuk memegang tampuk kepimpinan tertinggi negara – tetapi jika difikirkan semula latar belakang Presiden AS sekarang, anda mungkin merasa cadangan ini sebenarnya masuk akal.

Dalam ucapannya minggu lalu, dia memulakan ucapannya dengan bertanya, “Di mana kamu?” sebanyak dua kali. Sebelum menyambung, “Dimanakah pemimpin kami?”

Terdapat protes di seluruh AS sejak George Floyd meninggal dunia pada 25 Mei. Rakaman menunjukkan lelaki Afrika-Amerika berusia 46 tahun itu berulang kali mengatakan bahawa dia tidak dapat bernafas ketika pegawai polis, Derek Chauvin melutut di lehernya.

Chauvin kini telah didakwa dengan pembunuhan tahap kedua dan cara Trump menangani isu ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Kebanyakan daripada mereka mengkritik pendekatannya yang berat sebelah dan kurang empati.

Di dalam video selama lapan minit, The Rock menggesa orang ramai untuk memperjuangkan kesamaan sebagai ganti untuk ‘pemimpin yang penuh belas kasihan’.

Dia berkata, “Di manakah pemimpin kita yang penuh belas kasihan yang akan melangkah keluar mempertahankan negara yang sedang melutut dan menghulurkan tangannya dan berkata, ‘Kamu berdiri, berdiri bersama saya kerana saya akan mempertahankan kamu. Saya mendengar anda, saya mendengar anda.

Dan ini janji saya bahawa saya akan melakukan segalanya dengan kekuatan saya, sehingga hari terakhir saya, nafas terakhir saya, untuk melakukan semua yang saya mampu untuk membuat perubahan yang diperlukan, untuk menormalkan kesamarataan kerana Black Lives Matter.’ Anda di mana?” Katanya dalam satu ucapan yang telah mendapat reaksi positif dari peminatnya.

Terdahulu, Donald Trump menamakan bintang dan juga pemilik WWE, Vince McMahon sebagai penasit ekonomi AS. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Donald Trump Namakan Bintang WWE, Vince McMahon Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat

‘The Rock’ Bakal Membuat Kemunculan Semula Di WWE Smackdown

Lihat ‘YB Melaka’ Diparodikan Sebagai Penggusti WWE 2K19

Sumber