Sejak semalam tular isu seorang kakitangan RHB Bank kongsi semula hantaran sensitif melibatkan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Susulan itu pihak bank tampil mengeluarkan kenyataan rasmi di media sosial mereka berhubung isu terbabit.
Baca Juga:
- Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Iklan Raya RHB Group ‘Lembaran Baru’ Ini Buat Netizen Sebak

- Hong Leong Bank Dan RHB Bank Umum Pengecualian Caj Transaksi DuitNow QR

- 1,812 Kakitangan RHB Berhenti Di Bawah VSS

“RHB menyedari tentang hantaran di media sosial yang didakwa dibuat oleh salah seorang kakitangan kami. Kami ingin menegaskan bahawa pandangan yang dinyatakan adalah bersifat peribadi sepenuhnya dan sama sekali tidak mewakili atau mencerminkan pendirian Kumpulan Perbankan RHB.
“RHB menegakkan standard tertinggi dalam profesionalisme, integriti dan rasa hormat dalam setiap urusan kami — sama ada di dalam mahupun di luar tempat kerja. Kami memandang serius perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh.
“Tindakan tatatertib yang sewajarnya akan diambil sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan Tatakelakuan Kumpulan,” petik kenyataan rasmi RHB Bank.