Seorang pemandu Honda Civic telah memaki hamun pekerja tol kerana tak cukup baki pada kad Touch ‘n Go.
Menurut pekerja tersebut, pemandu Honda tersebut mahu membayar secara tunai. Namun pekerja tol tersebut menyatakan bahawa polisi, tidak boleh menerima bayaran tunai.
Baca Juga:
- ‘Saya Dah Kaya’ – Pelakon Thailand Tolak Duit Raya Dari Peminat Buat Netizen Terhibur
- Pemandu Honda Cuai Hampir Ragut 3 Nyawa, Siap Bangga ‘Post’ Konten Di TikTok
- Tak Nak Mengalah, Honda Dan Waja Saling Berhimpit Sampai Kemalangan
Pekerja tersebut mencadangkan pemandu tersebut memakai kad debit atau kad kredit dan menukar ke lorong khas untuk berbuat demikian.
Kemudian pemandu tersebut menegaskan bahawa kad pengenalan dan kad bank dia tertinggal. Lalu pekerja tol tersebut terpaksa menerima bayaran tunai.
Ni full story adik aku. Kau nk marah sbb sistem tol. Aku okay je. Tapi kau merendahkan pekerjaan orang, aku panas lah dngar. pic.twitter.com/qiXwjFt7o2
— Azfa (@AzfaMierul) April 22, 2024
Selepas itu, pemandu Honda itu memaki hamun pekerja tol dengan kata kata kesat serta menganggap pekerja tol tersebut sebagai menyusahkan orang.
Dia malah memberikan amaran: “Nak aku lempang muka kau? Cakap [nak]. Aku hari hari lempang muka orang tau.”
“Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Kalau kau pandai kau tak kerja tol.”
Tolong cari info jap owner BJW 9268. Kau sound adik aku kn? meh aku nk jumpa. adik aku tak pandai.Aku pandai.meh sini aku nk ajak minum kopi segelas dua. Duk area kepong / manjalara / segambut je ni sbb kau lalu tol duke segambut. kau tak ckup duit nk bayar tol jgn nk buat kecoh pic.twitter.com/ucBUz74Wje
— Azfa (@AzfaMierul) April 22, 2024
Pekerja tersebut hanya tersenyum kerana menurut prosedur syarikat, mereka tidak dibenarkan berkonfrontasi secara lisan dengan pemandu.
Rakaman video tersebut dikongsikan oleh abangnya di platform X. Dan ramai yang menzahirkan rasa geram dengan pemandu tersebut yang dianggap berlagak.
Sabar ya dik. Betullah money cant buy class. Tak kira lah kaya ke tak, even org tu berduit sikit pun, still can't buy class.
— AM (@amxstrive) April 22, 2024
Dan ianya segera mendapat perhatian pihak PDRM yang meminta mereka membuat laporan polis. Ini untuk membolehkan pihak polis mengambil tindakan selanjutnya.
Salam sejahtera,
Mangsa diminta untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membuat laporan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
Terima kasih.
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) April 22, 2024